Skip to main content

Posts

CARA MEMBERI KUCING DAGING MENTAH (SIRI 6)

Tajuk kali ini kita fokus Khasiat Kuning Telur puyuh : Telur kuning puyuh ada juga kebaikannya pada kucing dan lebih-lebih lagi kepada kucing siberian. Baka lain pun sangat sesuai diberikan, lebih-lebih lagi baka kucing yang berbulu lebat. Telur kuning puyuh mempunyai bau hanyir yang boleh menarik perhatian kucing untuk memakannya. Telur puyuh sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan kucing serta penyerapan nutrien. Telur puyuh kaya dengan protein, mineral, dan pelbagai nutrien berkualiti tinggi. Telur kuning puyuh juga membantu melembapkan rambut dan meningkatkan kenyang otot-otot dalam badan. Kenapa saya lebih memilih kuning telur puyuh berbanding kuning telur ayam? 1. Lebih berkhasiat berbanding telur ayam Telur puyuh kaya dengan nutrien seperti vitamin dan mineral. Walaupun saiznya kecil, nilai pemakanannya sekurang-kurangnya empat kali lebih besar berbanding jenis telur lain termasuk ayam. Ia mengandungi 13% protein, manakala telur ayam hanya 11%. Vitamin B di dalamnya pula adal...

CARA MEMBERI KUCING DAGING MENTAH ( SIRI 1 )

Memberi kucing makan daging mentah Bila sebut beri kucing makan makanan mentah mungkin ada yang nak nak memberi, tapi masih belum ada ilmu yang lengkap untuk memberi kucing anda makan secara mentah, ada yang sudah ada ilmu tetapi anda tidak tahu di mana hendak bermula. Artikel ini akan membimbing anda. Saya akan menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk isu ini. 1. Sebab menukar mak an Sebelum memulakan, adalah penting untuk anda mencari perkara yang benar-benar mendorong anda untuk menukar kucing anda kepada diet mentah. Seperti saya menukar makan kepada makanan mentah supaya kucing saya mempunyai diet yang sihat, tanpa makanan yang diproses dan di mana tiada vitamin dan nutrien datang daripada suplemen sintetik. Jadi, adakah anda bermotivasi kerana anda mahukan diet yang sihat atau alasan yang lain. 2. Kaedah kucing yang sesuai Sebelum memulakan memberi makanan mentah, amat penting untuk anda mempelajari cara melakukannya terlebih dahulu. Malah, anda tidak mahu memberikan diet...

MAKANAN KUCING YANG TERBAIK ( DRY FOOD)

DRY FOOD Organic • Sangat sangat mahal • GRAIN FREE • Kualiti sangat-sangat baik • Makan sikit dah kenyang • Sesetengah Pet shop & Veterinar clinic • Bahan asli / segar dan tiada bahan kimia atau proses kimia • Tiada bijirin (rice/corn/soy/oats) • Rendah karbohidrat (potatoes/tapiocas/peas/lentils) • Minimum 50% daging • Kandungan Protein yang tinggi • Mengandungi sayuran dan buahan • Mengandungi probiotic • Nutrien yang lengkap dan seimbang • Contoh : Acana Orijen Natural Core Holistic • Sangat mahal • GRAIN FREE • Kualiti sangat baik • Makan sikit dah kenyang • Pet shop & Veterinar clinic • Tiada bijirin (rice/corn/soy/oats) • Rendah karbohidrat (potatoes/tapiocas/peas/lentils) • Minimum 50% daging • Kandungan Protein yang tinggi • Nutrien yang lengkap dan seimbang • Mengandungi sayuran dan buahan • Mengandungi probiotic • Contoh : Pure vita Hill’s Royal canin veterinary Leonardo Totw Carnilove Bravery Pro pac Proud Nutram Wilderness Pro nature Super Premium • Mahal • Kualiti...

Warna Mata Asal Siberian ?

Sebelum ini sudah beberapa artikel yang saya ulas tentang warna mata siberian tradisional hanya menerima warna gold, green dan dua warna dan tidak menerima warna biru. Tapi jika untuk pet atau breed tiada masalah untuk warna mata biru. Bila akan jadi masalah? Warna mata biru untuk Siberian tradisional akan jadi masalah bila bawa ke show atau pertunjukan kucing. Juri akan kata kucing kita hanya keturunan biasa dan bukan Siberian. Sebab ia tertakluk dalam peraturan kucing WCF baka Siberian tradisional. Sebelum ini saya pernah buat kajian bab mata kucing Siberian. Dan hasilnya saya dapat jika kucing Siberian mata berwarna biru pastilah ia ada campuran dengan baka lain seperti Siam, Burma dan lain-lain. Ini terjadi pada cattery Siberian yang saya masukkan foto ini. Kucing Siberian dalam gambar ini sangat cantik dan sebagainya tapi mata biru. Mereka bawa kucing ini ke pertunjukan atau show dan juri menolak ia baka siberian. Mata biru khas untuk baka Neva Masquerade atau kita boleh panggil S...

BAGAIMANA TAMBAH KALSIUM DALAM MAKANAN KUCING?

Bagaimana membuat makanan tambahan kalsium kucing? Sebelum ini kita ada menyentuh bahaya memberi kucing hanya daging mentah sahaja yang mana akan buat kucing kekurangan kalsium. Kebiasaannya kucing luar akan dapat sumber kalsium dari tulang burung, tikus dan sebagainya yang mereka makan. Kepentingan kalsium kepada kucing penting sebab jika ia kurang akan buat mereka mudah sakit gigi, kuku rapuh, tulang kurang sihat dan sebagainya. Kali ini saya kongsikan kaedah yang saya gunakan untuk buat kalsium sendiri dan sangat mudah sebab bahan utamanya hanyalah Kulit telur. Kulit telur mempunyai kalsium yang tinggi iaitu 97% kalsium karbonat. Lagi keras telur tersebut lebih tinggi kandungan kalsium seperti telur itik, angsa dan haiwan lain. Cara mendapatkan kalsium dari kulit telur. 1. Sediakan telur yang sudah dicuci dan setelah telur dikeluarkan isinya, ambil kulit telur 2. Keringkan kulit telur di bawah cahaya matahari. Tujuan dia untuk mudahkan kulit telur dihancurkan dan kering. Tak perlu l...

KUNING TELUR UNTUK KUCING ?

Jenis telur kuning yang boleh diberikan : 1. Telur itik 2. Telur ayam kampung omega 3. Telur ayam kampung biasa 4. Telur ayam berbaka 5. Telur puyuh kandungan vitamin : Vitamin B12, vitamin D, dan Zat besi. Telur kuning ada juga kebaikannya pada kucing dan lebih-lebih lagi kepada kucing siberian. Baka lain pun sangat sesuai diberikan, lebih-lebih lagi baka kucing yang berbulu lebat. Manfaat Kuning Telur untuk Kucing 1. Cantikkan bulu dan mencegah kerosakan bulu. 2. Meningkatkan Stamina dan Daya Tahan Tubuh kucing 3. Mempercepat Penyembuhan 4. Menggemukkan Badan Kucing dimon sedang tunggu makanannya siap. Cara Memberi Kuning Telur Dalam Makanan Kucing. Diberikan 2 kali seminggu. Digaulkan dalam daging mentah atau ayam rebus diberikan terus dengan kucing menjilatnya. Amaran: 1. Pastikan hanya telur ayam yang kuning sahaja diberikan dan yang telur putih tidak diberikan. 2. Jika takut untuk diberikan secara mentah boleh juga diberikan dengan telur tersebut direbuskan terlebih dahulu keran...

MOYANG SIBERIAN

B erotot, bulu yang boleh beradaptasi dengan cuaca tempatan, comel dan lain-lain peribadi yang agak sama dengan kucing siberian. Tak banyak sangat bahan bacaan tentang isu ini. Jika ada akan saya ulas dari masa ke semasa. Setakat rujukan yang saya baca banyak yang buat Phd thesis tentang sejarah kucing siberian akan cenderung kaitan Siberian dengan kucing ini sebagai antara moyang Siberian. Cikgu Aqil 

PERBEZAAN BAKA SIBERIAN DAN MAINECOON

Mana lebih besar ?  Soal ukuran tubuhnya, Maine Coon lebih berat. Dibandingkan kucing lokal, baka ini boleh mencapai berat sehingga 9 kilogram dan panjang sekitar 1 meter, dalam waktu 3-5 tahun. sedikit berbeza dengan kucing Siberian yang mampu mencapai berat 8 kilogram dan panjang 0,6 meter juga memiliki rentang usia yang sama untuk disebut kucing dewasa. Mainecoon dan Siberian dibangunkan di seberang dunia tetapi di iklim yang sangat serupa. Di atas kemiripan fizikal mereka - terutamanya mantel yang berat dan panjang - mereka berkongsi sifat yang menghiburkan, penyayang. Walau bagaimanapun, mereka berbeza dalam beberapa aspek personaliti dan rupa, kesihatan dan sejarah mereka. Siberian dan Maine Coon, keduanya memiliki bulu yang indah dan tebal. Siberian yang berasal dari Rusia memiliki bulu panjang yang membantunya melewati suhu udara terdingin, terdiri dari dua lapisan bulu yang lebih tebal di bagian leher, kucing ini memerlukan perawatan ekstra terutama saat mengalami kegugur...

Welcome Everyone !