Tajuk kali ini kita fokus Khasiat Kuning Telur puyuh : Telur kuning puyuh ada juga kebaikannya pada kucing dan lebih-lebih lagi kepada kucing siberian. Baka lain pun sangat sesuai diberikan, lebih-lebih lagi baka kucing yang berbulu lebat. Telur kuning puyuh mempunyai bau hanyir yang boleh menarik perhatian kucing untuk memakannya. Telur puyuh sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan kucing serta penyerapan nutrien. Telur puyuh kaya dengan protein, mineral, dan pelbagai nutrien berkualiti tinggi. Telur kuning puyuh juga membantu melembapkan rambut dan meningkatkan kenyang otot-otot dalam badan. Kenapa saya lebih memilih kuning telur puyuh berbanding kuning telur ayam? 1. Lebih berkhasiat berbanding telur ayam Telur puyuh kaya dengan nutrien seperti vitamin dan mineral. Walaupun saiznya kecil, nilai pemakanannya sekurang-kurangnya empat kali lebih besar berbanding jenis telur lain termasuk ayam. Ia mengandungi 13% protein, manakala telur ayam hanya 11%. Vitamin B di dalamnya pula adal...
Sebelum ini sudah beberapa artikel yang saya ulas tentang warna mata siberian tradisional hanya menerima warna gold, green dan dua warna dan tidak menerima warna biru. Tapi jika untuk pet atau breed tiada masalah untuk warna mata biru.
Bila akan jadi masalah?
Sebelum ini saya pernah buat kajian bab mata kucing Siberian. Dan hasilnya saya dapat jika kucing Siberian mata berwarna biru pastilah ia ada campuran dengan baka lain seperti Siam, Burma dan lain-lain.
Ini terjadi pada cattery Siberian yang saya masukkan foto ini. Kucing Siberian dalam gambar ini sangat cantik dan sebagainya tapi mata biru. Mereka bawa kucing ini ke pertunjukan atau show dan juri menolak ia baka siberian.
Mata biru khas untuk baka Neva Masquerade atau kita boleh panggil Siberian Neva Masquerade. Jika Siberian tradisional tidak boleh. Saya fikir untuk baka mainecoon pun peraturan sama digunakan dalam bab mata kucing.
Saya tulis isu ini supaya kita tak terkejut bawa kucing siberian tradisional mata biru ke show tapi ditolak dan untuk jaga keturunan kucing Siberian tradisional kita.
Comments
Post a Comment