Tajuk kali ini kita fokus Khasiat Kuning Telur puyuh : Telur kuning puyuh ada juga kebaikannya pada kucing dan lebih-lebih lagi kepada kucing siberian. Baka lain pun sangat sesuai diberikan, lebih-lebih lagi baka kucing yang berbulu lebat. Telur kuning puyuh mempunyai bau hanyir yang boleh menarik perhatian kucing untuk memakannya. Telur puyuh sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan kucing serta penyerapan nutrien. Telur puyuh kaya dengan protein, mineral, dan pelbagai nutrien berkualiti tinggi. Telur kuning puyuh juga membantu melembapkan rambut dan meningkatkan kenyang otot-otot dalam badan. Kenapa saya lebih memilih kuning telur puyuh berbanding kuning telur ayam? 1. Lebih berkhasiat berbanding telur ayam Telur puyuh kaya dengan nutrien seperti vitamin dan mineral. Walaupun saiznya kecil, nilai pemakanannya sekurang-kurangnya empat kali lebih besar berbanding jenis telur lain termasuk ayam. Ia mengandungi 13% protein, manakala telur ayam hanya 11%. Vitamin B di dalamnya pula adal
Tajuk kali ini kita fokus Khasiat Kuning Telur puyuh :
Telur kuning puyuh ada juga kebaikannya pada kucing dan lebih-lebih lagi kepada kucing siberian. Baka lain pun sangat sesuai diberikan, lebih-lebih lagi baka kucing yang berbulu lebat.
Telur kuning puyuh mempunyai bau hanyir yang boleh menarik perhatian kucing untuk memakannya. Telur puyuh sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan kucing serta penyerapan nutrien. Telur puyuh kaya dengan protein, mineral, dan pelbagai nutrien berkualiti tinggi. Telur kuning puyuh juga membantu melembapkan rambut dan meningkatkan kenyang otot-otot dalam badan.
Kenapa saya lebih memilih kuning telur puyuh berbanding kuning telur ayam?
1. Lebih berkhasiat berbanding telur ayam
Telur puyuh kaya dengan nutrien seperti vitamin dan mineral. Walaupun saiznya kecil, nilai pemakanannya sekurang-kurangnya empat kali lebih besar berbanding jenis telur lain termasuk ayam. Ia mengandungi 13% protein, manakala telur ayam hanya 11%. Vitamin B di dalamnya pula adalah 140% berbanding 50% dalam telur ayam.
2. Lebih murah dan mudah diperolehi
Manfaat Kuning Telur puyuh untuk Kucing
1. Cantikkan bulu dan mencegah kerosakan bulu.
2. Meningkatkan Stamina dan Daya Tahan Tubuh kucing
3. Mempercepat Penyembuhan
4. Menggemukkan Badan Kucing
Berapa kerap kucing boleh makan kuning telur puyuh?
Memberi kucing sebiji telur setiap hari adalah berlebihan. Beri kucing anda Kuning telur dua atau tiga kali seminggu.
Cara memberi kuning telur puyuh
Diberikan dua ke tiga kali seminggu. Digaulkan dalam daging mentah atau ayam rebus diberikan terus dengan kucing menjilatnya.
Bolehkah kucing makan kulit telur puyuh?
Kucing yang memerlukan makanan kaya kalsium jadi kulit telur puyuh boleh digunakan sebagai sumber kalsium tambahan dengan cara blender halus dan diberikan secubit 2 kali seminggu. Cara penyediaan ada ditulis sebelum ini dengan tajuk kalsium tambahan untuk kucing.
Tambahan:
Kekebalan kucing anda akan bertambah baik jika kucing makan daging puyuh dengan kerap. Apabila imuniti haiwan kesayangan anda ditingkatkan, mereka akan kurang terdedah kepada penyakit. Ini akhirnya akan membawa kepada kesihatan yang lebih baik. Dalam badan, sistem imun akan dapat memusnahkan parasit dan kuman.
Kesimpulannya:
1. Pastikan hanya telur Puyuh yang kuning sahaja diberikan dan yang telur putih tidak diberikan.
2. Jika takut untuk diberikan secara mentah boleh juga diberikan dengan telur tersebut direbuskan terlebih dahulu kerana telur mentah mempunyai risiko dicemari bakteria Salmonella.
3. Hentikan sementara pemberian telur kuning puyuh jika kucing anda kelihatan lesu.
Tulisan asal oleh cikgu aqil
Comments
Post a Comment