Skip to main content

CARA MEMBERI KUCING DAGING MENTAH (SIRI 6)

Tajuk kali ini kita fokus Khasiat Kuning Telur puyuh : Telur kuning puyuh ada juga kebaikannya pada kucing dan lebih-lebih lagi kepada kucing siberian. Baka lain pun sangat sesuai diberikan, lebih-lebih lagi baka kucing yang berbulu lebat. Telur kuning puyuh mempunyai bau hanyir yang boleh menarik perhatian kucing untuk memakannya. Telur puyuh sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan kucing serta penyerapan nutrien. Telur puyuh kaya dengan protein, mineral, dan pelbagai nutrien berkualiti tinggi. Telur kuning puyuh juga membantu melembapkan rambut dan meningkatkan kenyang otot-otot dalam badan. Kenapa saya lebih memilih kuning telur puyuh berbanding kuning telur ayam? 1. Lebih berkhasiat berbanding telur ayam Telur puyuh kaya dengan nutrien seperti vitamin dan mineral. Walaupun saiznya kecil, nilai pemakanannya sekurang-kurangnya empat kali lebih besar berbanding jenis telur lain termasuk ayam. Ia mengandungi 13% protein, manakala telur ayam hanya 11%. Vitamin B di dalamnya pula adal...

KUNING TELUR UNTUK KUCING ?





Jenis telur kuning yang boleh diberikan :

1. Telur itik
2. Telur ayam kampung omega
3. Telur ayam kampung biasa
4. Telur ayam berbaka
5. Telur puyuh
kandungan vitamin :
Vitamin B12, vitamin D, dan Zat besi.
Telur kuning ada juga kebaikannya pada kucing dan lebih-lebih lagi kepada kucing siberian. Baka lain pun sangat sesuai diberikan, lebih-lebih lagi baka kucing yang berbulu lebat.

Manfaat Kuning Telur untuk Kucing

1. Cantikkan bulu dan mencegah kerosakan bulu.
2. Meningkatkan Stamina dan Daya Tahan Tubuh kucing
3. Mempercepat Penyembuhan
4. Menggemukkan Badan Kucing

dimon sedang tunggu makanannya siap.


Cara Memberi Kuning Telur Dalam Makanan Kucing.

Diberikan 2 kali seminggu. Digaulkan dalam daging mentah atau ayam rebus diberikan terus dengan kucing menjilatnya.
Amaran:

1. Pastikan hanya telur ayam yang kuning sahaja diberikan dan yang telur putih tidak diberikan.
2. Jika takut untuk diberikan secara mentah boleh juga diberikan dengan telur tersebut direbuskan terlebih dahulu kerana telur mentah mempunyai risiko dicemari bakteria Salmonella.
3. Hentikan sementara pemberian telur kuning jika kucing anda kelihatan lesu.
Tulisan asal oleh cikgu aqil



Comments

Welcome Everyone !