Tajuk kali ini kita fokus Khasiat Kuning Telur puyuh : Telur kuning puyuh ada juga kebaikannya pada kucing dan lebih-lebih lagi kepada kucing siberian. Baka lain pun sangat sesuai diberikan, lebih-lebih lagi baka kucing yang berbulu lebat. Telur kuning puyuh mempunyai bau hanyir yang boleh menarik perhatian kucing untuk memakannya. Telur puyuh sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan kucing serta penyerapan nutrien. Telur puyuh kaya dengan protein, mineral, dan pelbagai nutrien berkualiti tinggi. Telur kuning puyuh juga membantu melembapkan rambut dan meningkatkan kenyang otot-otot dalam badan. Kenapa saya lebih memilih kuning telur puyuh berbanding kuning telur ayam? 1. Lebih berkhasiat berbanding telur ayam Telur puyuh kaya dengan nutrien seperti vitamin dan mineral. Walaupun saiznya kecil, nilai pemakanannya sekurang-kurangnya empat kali lebih besar berbanding jenis telur lain termasuk ayam. Ia mengandungi 13% protein, manakala telur ayam hanya 11%. Vitamin B di dalamnya pula adal...
Bagaimana membuat makanan tambahan kalsium kucing?
Sebelum ini kita ada menyentuh bahaya memberi kucing hanya daging mentah sahaja yang mana akan buat kucing kekurangan kalsium. Kebiasaannya kucing luar akan dapat sumber kalsium dari tulang burung, tikus dan sebagainya yang mereka makan.
Kepentingan kalsium kepada kucing penting sebab jika ia kurang akan buat mereka mudah sakit gigi, kuku rapuh, tulang kurang sihat dan sebagainya.
Kulit telur mempunyai kalsium yang tinggi iaitu 97% kalsium karbonat. Lagi keras telur tersebut lebih tinggi kandungan kalsium seperti telur itik, angsa dan haiwan lain.
Cara mendapatkan kalsium dari kulit telur.
1. Sediakan telur yang sudah dicuci dan setelah telur dikeluarkan isinya, ambil kulit telur
2. Keringkan kulit telur di bawah cahaya matahari. Tujuan dia untuk mudahkan kulit telur dihancurkan dan kering. Tak perlu lama pun dalam satu ke dua jam.
3. Hancurkan dan masuk ke dalam mesin dan blandeer hingga halus.
4. Tapis serbuk kulit telur yang halus dan masukkan ke dalam bekas untuk simpanan.
Ratio makanan seimbang kucing ialah 2:1. Bermaksud daging (phosphorus) mestilah dalam ratio 2 dan kalsium dalam ratio 1.
Untuk sukatan yang lebih tepat, sila rujuk jadual berikut :
Berat Daging Kalsium Kulit Telur
100 grams 1/4 sudu kecil (teaspoon)
200 grams 1/2 sudu kecil
300 grams 2/3 sudu kecil
400 grams 3/4 sudu kecil
Amaran : Serbuk kulit telur yang tidak betul-betul halus boleh melukakan mulut dan sistem penghadaman kucing dan jangan berlebih-lebihan beri kalsium kepada kucing. Seminggu cukup 3 ke dua kali.
Cara memberi kepada kucing
Boleh taburkan secubit serbuk kalsium dan dicampurkan ke dalam daging mentah atau blandeer sekali dengan daging sebelum diberikan kepada kucing dengan sukatan yang diberikan.
Tulisan asal oleh cikgu aqil dan rujukan dari beberapa breeder Siberian dan dearcats.
1. kulit telur di jemur di atas matahari terlebih dahulu.
2. kemudian semua kulit telur di belander halus.
3. Tapis dahulu untuk dapatkan hasil yang lebih halus.
4. hasil selepas di tapis.
5. hasil disimpan dalam bekas kedap udara.
selamat mencuba!
Comments
Post a Comment