Tajuk kali ini kita fokus Khasiat Kuning Telur puyuh : Telur kuning puyuh ada juga kebaikannya pada kucing dan lebih-lebih lagi kepada kucing siberian. Baka lain pun sangat sesuai diberikan, lebih-lebih lagi baka kucing yang berbulu lebat. Telur kuning puyuh mempunyai bau hanyir yang boleh menarik perhatian kucing untuk memakannya. Telur puyuh sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan kucing serta penyerapan nutrien. Telur puyuh kaya dengan protein, mineral, dan pelbagai nutrien berkualiti tinggi. Telur kuning puyuh juga membantu melembapkan rambut dan meningkatkan kenyang otot-otot dalam badan. Kenapa saya lebih memilih kuning telur puyuh berbanding kuning telur ayam? 1. Lebih berkhasiat berbanding telur ayam Telur puyuh kaya dengan nutrien seperti vitamin dan mineral. Walaupun saiznya kecil, nilai pemakanannya sekurang-kurangnya empat kali lebih besar berbanding jenis telur lain termasuk ayam. Ia mengandungi 13% protein, manakala telur ayam hanya 11%. Vitamin B di dalamnya pula adal
Secara umumnya Siberian tradisional baka siberian yang asli kerana baka ini terjadi dengan sendirinya antara kucing hutan Russia dengan kucing tempatan. Neva Masquerade atau kita boleh sebut Siberian Neva Masquerade varian baru baka siberian yang telah disilangkan dengan baka Siamese.
Siberian Tradisional
Neva Masquerade
Neva Masquerade ni agak kontroversi di beberapa persatuan kucing sebab tak semua persatuan iktiraf ia sebagai baka siberian. Ada badan kucing dunia mengasingkan Siberian dan Neva masquerade sebagai baka yang berasingan.
Kesimpulannya:
Jika berminat mencari baka asli boleh mencari siberian tradisional dan jika berminat dengan warna selain tradisional boleh cuba mencari Neva Masquerade atau siberian color point. Sudut perangai ada sedikit perbezaan yang tidak jauh ketara.
Paling penting isu ini:
Jangan rehome anak kucing Siberian dalam warna tradisional dengan mata biru. Terdapat penternak di luar sana yang mengambil bahagian dalam program pembiakan yang memperkenalkan gen Altai ke dalam garis Siberian. Ini menyebabkan mutasi yang teruk dan masalah kesihatan yang serius pada kucing. Jangan percaya sesiapa yang mengatakan ia adalah mutasi semula jadi. Mata biru dalam warna NEM atau Neva Masquerade dibenarkan, tetapi tidak dalam warna tradisional.
Tulisan asal oleh cikgu aqil
Comments
Post a Comment