Tajuk kali ini kita fokus Khasiat Kuning Telur puyuh : Telur kuning puyuh ada juga kebaikannya pada kucing dan lebih-lebih lagi kepada kucing siberian. Baka lain pun sangat sesuai diberikan, lebih-lebih lagi baka kucing yang berbulu lebat. Telur kuning puyuh mempunyai bau hanyir yang boleh menarik perhatian kucing untuk memakannya. Telur puyuh sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan kucing serta penyerapan nutrien. Telur puyuh kaya dengan protein, mineral, dan pelbagai nutrien berkualiti tinggi. Telur kuning puyuh juga membantu melembapkan rambut dan meningkatkan kenyang otot-otot dalam badan. Kenapa saya lebih memilih kuning telur puyuh berbanding kuning telur ayam? 1. Lebih berkhasiat berbanding telur ayam Telur puyuh kaya dengan nutrien seperti vitamin dan mineral. Walaupun saiznya kecil, nilai pemakanannya sekurang-kurangnya empat kali lebih besar berbanding jenis telur lain termasuk ayam. Ia mengandungi 13% protein, manakala telur ayam hanya 11%. Vitamin B di dalamnya pula adal
Apakah Kucing Boleh Memakan Sayur?
Walaupun kucing tergolong dalam karnivor, haiwan ini memerlukan makanan yang kaya dengan serat dan salah satu makanan berserat adalah sayur. Kucing boleh makan sayur tapi sebagai makan tambahan bukan makan harian. makanan kucing sebaiknya mengandung 15% sayuran atau rempah-rempah dan sisanya 85% berasal dari daging, tulang dan lain-lain.
Berdasarkan kajian, sayur-sayuran boleh memberikan khasiat fitonutrien pada seekor kucing dan boleh mencegah pelbagai jenis penyakit seperti kanser, penyakit autoimun dan infeksi. Sayuran mengandung banyak nutrisi, seperti vitamin, serat, magnesium, potasium, antioksidan, yang mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta membantu masalah pencernaan kucing.
Walaupun begitu, tidak semua sayuran boleh dimakan kucing sebab ada beberapa sayuran yang akan menjadi racun pada tubuh kucing tersebut.
Beberapa jenis sayur yang boleh dimakan kucing :
1. Brokoli
2. Karot
3. Kacang Hijau
4. Bayam
5. Kangkung
6. Kubis
7. Labu
8. Pakcoy
9. Sawi
Sayuran yang bahaya kepada kucing :
1. Bawang
Boleh menyebabkan anemia
2. Tomato dan kentang
Kandungan alkaloid beracun dan bahaya untuk pencernaan kucing
Beberapa jenis buah-buahan boleh diberikan kepada kucing tapi hanya seminggu sekali dan dalam kuantiti sederhana. Sekiranya ia diberi berlebihan, ia akan menyebabkan kucing menjadi aktif kerana kandungan gula yang terdapat di dalamnya. Buah yang boleh diberikan kepada kucing:
1. Appel
2. Pear
3. Plum
4. Tembikai
5. Tembikai susu
6. Pisang
7. Betik
8. Jagung
Cara penyediaan sayur kepada kucing
1. Di bleeder dengan daging jika kucing tidak suka makan secara mentah atau diberikan secara mentah kepada kucing.
2. Seminggu sekali diberikan 2 ke 3 kali untuk menambah nutrisi bagi tubuh kucing.
3. Boleh dicampur beberapa jenis sayuran dalam kuantiti sederhana dan diberikan kepada kucing.
4. Sayuran juga elok direbus
Menurut doktor veterinar, Dr Gerald Buchoff, kucing tidak memerlukan karbohidrat tetapi serat dan sebab itu kucing liar biasanya akan makan bulu-bulu mangsanya ketika memburu bagi mendapatkan sumber serat.
"Jika kita menambahkan sayur-sayuran atau buah-buahan ke dalam makanan kucing, kita memberinya fitonutrien yang mempunyai bioflavonoid dan fenol berkhasiat untuk kesihatan kucing," katanya.
Menurut Dr Buchoff, diet pemakanan mentah dan sayur-sayuran merupakan sesuatu yang sihat untuk kucing. Malah, sayuran juga dapat memanjangkan jangka hayat kucing.
Secara amnya, kucing yang sihat mempunyai jangka hayat sekitar 18 hingga 20 tahun. Namun, jika hanya bergantung pada makanan segera yang dijual di pasar raya, dijangka kucing hanya akan dapat bertahan antara 12 hingga 15 tahun sahaja.
Comments
Post a Comment