Tajuk kali ini kita fokus Khasiat Kuning Telur puyuh : Telur kuning puyuh ada juga kebaikannya pada kucing dan lebih-lebih lagi kepada kucing siberian. Baka lain pun sangat sesuai diberikan, lebih-lebih lagi baka kucing yang berbulu lebat. Telur kuning puyuh mempunyai bau hanyir yang boleh menarik perhatian kucing untuk memakannya. Telur puyuh sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan kucing serta penyerapan nutrien. Telur puyuh kaya dengan protein, mineral, dan pelbagai nutrien berkualiti tinggi. Telur kuning puyuh juga membantu melembapkan rambut dan meningkatkan kenyang otot-otot dalam badan. Kenapa saya lebih memilih kuning telur puyuh berbanding kuning telur ayam? 1. Lebih berkhasiat berbanding telur ayam Telur puyuh kaya dengan nutrien seperti vitamin dan mineral. Walaupun saiznya kecil, nilai pemakanannya sekurang-kurangnya empat kali lebih besar berbanding jenis telur lain termasuk ayam. Ia mengandungi 13% protein, manakala telur ayam hanya 11%. Vitamin B di dalamnya pula adal
Apakah itu Taurine?
Taurine adalah sejenis asid amino yang penting untuk kucing seperti otot jantung, penglihatan, penghadaman dan sistem pembiakan. Setiap hidangan kucing memerlukan sekitar 200 dan 300mg taurine.
Malangnya, kucing tidak dapat menghasilkan sendiri jumlah taurine yang mencukupi dari asid amino. Kekurangan taurine boleh merosotkan kesihatan kucing.
Antara jaminan kebaikan Taurine didalam diet kucing anda
1. Sebagai antioksida
2. Mengawal kandungan air dan garam dalam sel seluruh tubuh badan
3. Stimulasikan pertumbuhan otot
4. Membantu dalam penghasilan hempedu
5. Berfungsi sebagai neurotransmiter
6. Memberi impak positif dalam sel pada retina mata
Kesan kepada kucing jika kekurangan taurine
1. Gangguan penglihatan
2. Penyakit jantung
3. Kekebalan tubuh melawan penyakit menurun
4. Kucing tidak aktif dan cepat penat
5. Masalah pencernaan
6. Masalah kesuburan
7. Masalah gigi
Cara dapatkan taurine semulajadi :
Anda boleh menemui asid amino dari protein dari sumber haiwan dan juga boleh dapat taurine dari produk tempatan.
Pada setiap hidangan kucing anda perlu menerima dalam
1. Ayam
Bahagian kaki ayam mengandungi banyak taurine, leher dan juga bahagian hati.
2. makanan laut
Udang dan kerang mempunyai taurine yang baik.
Cara hidangan :
1. Taurine akan hilang jika didedahkan kepada suhu yang tinggi.
2. Ikan, udang dan kerang hanya diberikan seminggu dua kali sahaja.
Comments
Post a Comment